Covid-19 : Makin Dekat Dengan Kita


Covid-19 : Makin Dekat Dengan Kita | Kalau masa awal-awal Covid19 ni masuk ke negara kita, untuk diri aku sendiri, memang jarang dengar orang-orang sekeliling yang aku kenal terkena jangkitan wabak Covid19 ni. Semuanya kawan atas kawan ataupun yang aku jumpa di sosial media. 

Tapi sejak kebelakangan ni, makin ramai orang yang aku kenal, saudara-mara dan kawan-kawan aku sendiri dah kena Covid19. Sepupu, kawan sekerja, atau kawan yang kenal di sosial media dah terkena jangkitan Covid19 ni.

Dengan adanya varian baru ni, makin ramai yang terkena. Termasuk kawan-kawan yang pregnant. Aku tak nak share status mereka ni, tapi cukuplah aku nak cakap, Covid19 is real. Ambil contoh arwah Siti Sarah, penyanyi yang meninggal dunia disebabkan wabak Covid19 dan masa tu, arwah tengah pregnant. Terpaksa buat emergency ceaser untuk selamatkan kedua-dua. Tapi Allah lebih menyayangi Siti Sarah. Semoga syurga tempatmu.

Apa yang boleh kita buat, ambillah vaksin. Sekurang-kurangnya kita mengurangkan risiko dan melindungi mereka yang disekeliling kita. Kalau dah sampai ajal, memang tak boleh buat apa. Tapi sekurang-kurangnya, kita dah ikhtiar.

Aku cuma mampu doakan supaya kita semua dilindungi dan diberikan kesihatan yang baik. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan