Ambil Semangat Merdeka


Ambil Semangat Merdeka | Aku ni nak kata ada semangat patriotik tu, tak la jugak. Tapi bila sampai bulan Ogos tu, semangat nak kibar bendera tu ada la sikit. Sesekali je nak merasa meriah sambut merdeka kan. 

Dari aku sekolah rendah kot, kalau ada pertandingan berkaitan merdeka terutama sekali sajak dan syair, memang aku salah sorang yang jadi peserta. Selalunya aku sorang je la peserta lelaki. Hahaha...Aku siap pernah karang sajak untuk merdeka. And you know what, aku pernah ada buku sajak dan syair aku sendiri. Tapi tak tahu ke mana menghilang buku tu. 

Macam tahun ni, aku dah cakap dah kat Puan Isteri nak pasang bendera dekat balkoni rumah. Jadi la untuk ambik semangat sikit kan. Kalau tengok jiran blok sebelah, ada la dalam lima enam rumah yang dah siap pasang bendera. Lagi la aku agak semangat nak pasang walaupun cuma sehelai bendera.



Tak kisahlah berapa banyak bendera pasang walaupun cuma sehelai, yang penting ada semangat merdeka tu. Dengan keadaan sekarang, sambut kecil-kecilan macam ni pun dah cukup. Yang penting, perasaan sayangkan negara tu ada. 

Catat Ulasan

0 Ulasan