Kenapa Kena Ambil Vaksin Covid19?



KENAPA KENA AMBIL VAKSIN COVID19? | Sebulan dua ni memang rancak naik kat Facebook dan juga Twitter berapa ramai dah bergambar kat frame 'Saya Sudah Divaksin' tu. Seronok tengok. Giliran aku dan Puan Isteri pulak hujung bulan ni, Insya Allah.

Kalai tengok kat social media, ramai lagi yang masih takut atau was-was nak ambil vaksin. Nak takut apa tak tahu la. Yang anti vaksin tu tolak tepi sebab yang tu memang tak tahu nak kata macam mana.

Sini aku share sikit orang-orang yang dah ambil vaksin ni, apa kesan dia. Credit pada pemilik Tweet ye.


Ambil vaksin ni bukan la bermaksud kita takkan kena langsung Covid19 tu, tapi mengurangkan risiko yang mungkin terjadi disebabkan covid19. Mungkin kalau kena pun, cuma demam dan batuk biasa. Boleh cari sumber yang lebih sahih untuk ni. Apa yang aku cerita ni secara simple je la.

Kalau kesan selepas vaksin macam demam, sengal badan, lapar tu. Pakar perubatan sendiri kata tu adalah perkara biasa. Jangan takut. Sediakan paracetamol je. Insya Allah okay semuanua

Insya Allah kalau kita nak kembali hidup normal macam sebelum ni, ramai-ramai la ambil vaksin. Jangan takut, sekurang-kurangnya kita cuba untuk lindungi orang-orang disekeliling kita.

Korang dha vaksin ke belum?

Catat Ulasan

0 Ulasan