Ke Mana Lepas Boleh Rentas Negeri?



Ke Mana Lepas Boleh Rentas Negeri? |Dah masuk bulan ke tujuh tak boleh nak rentas negeri. Kali terakhir aku rentas negeri awal bulan 3 hari tu ke Genting Highlands atas urusan kerja. Masa tu pun, kes rendah lagi kalau nak bandingkan dengan sekarang. 

Untuk rentas negeri, aku masih tak nampak lagi bila. Walaupun dah nampak sinar tu sikit-sikit, tapi tak tahu la bila. Mungkin dua tiga bulan lagi. Mungkin tahun depan? Mungkin..


So benda pertama kalau dah boleh rentas negeri dengan amannya nanti, of course aku nak balik kampung. Kampung aku, kampung Puan Isteri tu wajib. Mungkin ambil cuti lama sikit la kan. Lagi pun cuti aku pun tak pakai lagi kat tempat kerja baru ni. Why not kan? 

Lepas tu, yang penting aku nak bercuti di laut. Mulanya macam nak ke Langkawi sebab dah separuh perjalanan kan ke kampung aku. Tapi aku rasa mungkin akan padat Langkawi tu nanti, so mungkin ke Pangkor ke atau kurang-kurang pun, ke PD atau Morib. Yang penting, balik kampung dulu, yang lain tu kemudian. 

Jom la sama-sama doa kita dapat rentas negeri dan semuanya kembali seperti sediakala. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan