Drama Ayahanda TV3


Drama Ayahanda TV3 | Hari ni dah tamat dah drama Ayahanda kat TV3. Drama ni tak panjang pun, cuma 13 episod ja. Ringkas dan padat. Cumanya mungkin berat untuk sesetengah orang nak faham. Tapi sekurang-kurangnya dapat lari dari drama-drama cliche yang ada sekarang ni. 

Aku mula minat nak tengok drama ni sebab drama ni guna slang utara dan sebagai anak utara, drama macam ni dapat la mengubat sikit rindu kat kampung. Dan dengar slang utara dalam drama ni tak menyakitkan hati macam drama lain yang memang nampak dibuat-buat. Walaupun majoriti pelakon dalam drama ni bukan orang utara, tapi slang yang dorang cakap tu tak menyakitkan hati. 

Barisan pelakon utama dalam filem ni semua yang berkualiti dan kelas A. Walaupun ada yang aku tak berapa kenal, tapi tak nampak kayu dalam lakonan. Sorang dua pelakon tambahan tu tolak tepi walaupun baca skrip tanpa ada tonasi dan satu nafas, tapi masih boleh dimaafkan. 

Apa yang aku tahu, drama ni di adaptasi dari novel tahun 80-an. Which is 10 years before i born. And now, aku rasa macam nak cari novel ni.

Tahniah pada produksi dan pengarag yang betul-betul cari lokasi yang sangat sesuai dengan drama. Tambah lagi awal-awal drama start, masjid yang betul-betul lama dan usang. Respect.

Aku harap, banyak lagi pengarah dan penerbit dapat buat lagi drama macam ni. Takkan la masih nak ketengahkan drama kahwin paksa, kaya miskin, menantu derhaka semua tu. Cliche...


Catat Ulasan

0 Ulasan