Aktiviti Semasa PKPD



AKTIVITI SEMASA PKPD |Dah seminggu dah mukim yang aku duduk ni kena PKPD. Nasib baik jugak la PKPD ikut mukim, kalau PKPD lokaliti, rasanya lagi stress. Kalau sekarang ni pun, aku masih boleh keluar. Tapi aku keluar pun sebab beli barang keperluan ye. Tak merayau mana pun.

Bila kat rumah, selain work from home, memang banyak tengok TV dan layan sosial media je la. Kadang-kadang tu google resipi untuk Puan Isteri masak.

Selain tu, aku usha jugak Shopee dan Market Place. Saja usha-usha cuci mata. Nak cuci mata kat shopping mall, lambettt lagi. So usha kat shopee je. Jadi la kan. 

Bila tengok kes harian Covid-19 dua tiga hari ni, entah la. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Harapnya cepat la berlalu. 

Catat Ulasan

0 Ulasan