Tertekan Masa PKP




TERTEKAN MASA PKP | Banyak dah aku jumpa berita-berita macam ni. Belum campur lagi yang dikongsi kat whatsapp apa semua. Semuanya aku hanya mampu baca dan doakan supaya semuanya dipermudahkan urusan mereka. Mana yang boleh dibantu, aku bantu. 

Aku tak nafikan, dah lebih setahun kita hadap PKP ni, tapi masih belum nampak penghujungnya sampai mana. Nasib baik vaksin dah mula diberi sejak awal tahun hari tu dan untuk kembali pulih seperti sediakala, mungkin ambil masa lagi beberapa bulan.


Sebagai salah sorang yang pernah terkesan disebabkan Covid19, aku faham macam mana keadaannya walaupun aku cuma rasa sebulan setengah ja. Tapi itu pun dah buat aku rasa stress. Alhamdulillah dapat jugak kerja. Tapi bagi yang dah lama diberhentikan kerja, ada anak-anak kecil, macam mana? 

Tapi aku yakin, rakyat Malaysia ni sangat prihatin dengan orang sekeliling dorang tanpa mengira agama dan bangsa. Perbezaan pendapat tak menjarakkan kita, tapi mendekatkan kita. 


Ada jugak aku jumpa kawan-kawan ataupun baca berita yang buat sumbangan ketika PKP untuk mereka yang memerlukan. Bantuan yang diberikan ni meliputi sumbangan makanan, susu budak dan barang lain lagi. Mungkin yang diberi tu tak seberapa, tapi insya Allah dapat membantu. 

Kat apartment yang aku duduk ni pun ada dorang buat sumbangan lebih kurang konsep bakul makanan dan siapa yang perlukan, boleh pergi ambil. Insya Allah, kita jaga kita. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. There are people who undergo minor surgery so that there is no risk to him. This time sinaumedia will review further types of surgery. Definition of surgical operation and its types

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)