Resipi Daging Pakapau Mudah



RESIPI DAGING PAKAPAU MUDAH | Baru ni aku ada tengok kawan Facebook aku share video tiktok cara buat daging pakapau. Senang je rupanya. 

Bahan yang diperlukan cuma :

1. Daging Cincang (aku guna jenama Ramli)

2. Sos ikan

3. Sos tiram

4. Kicap manis

5. Bawang putih 5 ulas (cincang halus) 

6. Bawang besar sebiji (Cincang halus) 

7. Daun selasih

8. Cili padi (ikut kepedasan yang korang nak) 

9. Garam dan perasa


Cara memasak :

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dicincang halus. 

2. Masukkan daging cincang dan kacau-kacau sampai separuh masak. 

3. Masukkan cili padi dan biarkan sekejap. 



4. Campurkan sos ikan, sos tiram dan kicap dengan ratio 1:1:1 dan masukkan dalam kuali dan gaulkan. 

5. Masukkan daun selasih. Gaul lagi. 

6. Masukkan garam dan serbuk perasa. 

Siap dan boleh dimakan. 

Selamat mencuba... 

Catat Ulasan

0 Ulasan