Proses Pindah Rumah


Dari sebelum puasa lagi sebenarnya aku dan Puan Isteri dok survey rumah sewa. Bukannya apa, sejak kerja kat area KL ni, aku jadi cepat penat merempit. 70 km pergi balik setiap hari. Kalau ikutkan, masa dekat company sebelum ni dekat Damansara Perdana tu, jarak lebih kurang je, tapi macam okay. Sejak kerja baru ni aku rasa macam penat, mungkin faktor usia. Hahaha...

Macam lokasi rumah baru ni, cuma 30 km ja pergi balik kerja. So memang dekat dan jimat separuh daripada jarak sebelum ni.



Alhamdulillah, lepas tengok 3 buah rumah kat kawasan yang sama, akhirnya dapat jugak rumah yang okay, tuan rumah pun okay. Lega.

Rumah 1 :

Tuan rumah masih muda. Blok last, dan rumah tingkat 2, menghadap bukit, parking visitor pun senang. Keadaan rumah pun okay cumanya kurang berkenan kat dapur dan tuan rumah macam tak nak berkompromi.

Rumah 2 :

Rumah blok A. Tingkat 17. Keadaan rumah 80-20. Ada kabinet dapur siap semua. Tapi aku kurang berkenan sebab keadaan rumah yang ermmm... Lagipun guna khidmat agent.

Rumah 3 :

Rumah tingkat 5, view menghadap blok Rumah 1. Keadaan rumah dah cantik sebab baru cat. Sebelah lift dan ada table top. Ngam dan aku terus confirmkan dengan tuan rumah hari tu jugak sebab gambar yang aku dapat sebelum tu sama dengan keadaan rumah yang aku tengok.


Ngam lepas raya, aku settlekan deposit dan sign agreement semua. So, dah datang cuci rumah sebelum PKP dan aku pun datang hantar barang sikit-sikit lepas kerja. Dan dua minggu lepas, aku dan Puan Isteri dengan rasminya masuk rumah baru.

Perabot rumah pun Alhamdulillah ada rezeki masuk. Dapat la jugak sofa dan meja makan. Peralatan dapur pun ada yang guna masa dapat hadiah kahwin dan ada yang beli baru. Semuanya settle dengan mudah dan urusan kami nak berpindah dari Shah Alam ke Selayang ni pun mudah segala urusan kami. Alhamdulill

Catat Ulasan

0 Ulasan