Perabot Rumah Murah

 


Bila nak masuk rumah baru, mesti ramai tercari-cari kat mana nak dapatkan perabot rumah yang murah. Mula la google kat mana kedai perabot yang murah dan cantik. Sama la. Macam aku dengan Puan Isteri, dari dah confirmkan rumah, terus cari perabot-perabot. Korang bayangkan, petang raya kami boleh ke kedai barangan eletrik dan kedai perabot masa raya kedua. 




Tapi bila survey, mak aii, harga boleh buat tercekik air liur sendiri. Sudahnya, Puan Isteri tengok dekat Shopee je. Harga memang beza banyak gila kat kedai. Cumanya, nak kena tunggu je la dan risiko untuk barang calar atau kemek sikit-sikit tu ada berbanding kalau beli kat kedai. 

Tapi Alhamdulillah, barang yang dapat semuanya dalam keadaan okay. Cumanya nak menunggu tu je la yang agak lambat sikit. Dia punya excited tu pun lain macam. Tak sabar nak tunggu barang sampai dan pasang. Aku pulak kurang sikit bab-bab teknikal ni, tapi boleh je la slow-slow buat sampai jadi. 


Bab perabot rumah, memang aku suruh Puan Isteri je pilih mana yang dia berkenan. Tapi aku bagi komen jugak la sikit-sikit sampai kami dapat persetujuan bersama. Gituuuu... Rumah kami ni pun taknak banyak barang besar-besar. Kononnya nak buat konsep minimalis. Dinding pun masih suci bersih lagi. Masa akan datang tak tahu la nak jadi macam mana kan dinding ni. Tapi rasanya macam tak banyak sangat kot. 

Harapnya semuanya jadi macam yang kami rancangkan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan