Nasi Dagang Premium Dari Grannies



Kalau bab makan ni, makanan pantai timur memang antara favorite aku la. Antaranya nasi dagang. Tapi nak dapat nasi dagang sedap kat Kuala Lumpur ni, aku tak jumpa lagi. Kalau kat Shah Alam, ada la satu warung tu yang boleh tahan rasa dia. 

Bila aku tengok FB ramai kawan-kawan dok makan nasi dagang dari Grannies ni, aku macam tertanya-tanya, sedap sangat ke? Sebab aku kalau nasi dagang ni cerewet sikit, tambah lagi bab nasi dan lauk. Kadang nasi okay, kari tak okay, atau sebaliknya. So, aku try la memandangkan agak lama aku tak makan nasi dagang. 


Aku order Set Kenyir dan pihak Grannies hantar ke rumah terus sebab aku kat office. Set Kenyir ni untuk 5 orang ye. Disebabkan aku dan Puan Isteri ni suka nasi dagang, so order set ni terus untuk lunch and dinner sekali. Kalau nak set untuk sorang pun ada, sama ada nak value pack atau jumbo pack. 


Sampai je rumah, aku dah terbau dah aroma nasi dagang ni. Yang menarik, dia bungkus dengan daun pisang dan guna beras basmathi. Sesuai la dengan tagline dia, 'Nasi Dagang Terengganu Premium' dengan #terlarisdiklcc. 

So, sampai je terus aku bukak semua lauk. Bau dah menyelerakan. Adakah rasa dia menepati piawaian aku? 


First sekali aku rasa nasi saja. Wow... Sedap gila. Aku tak tahu apa nama rempah tu, halba ke apa entah, tapi itu memang ngam elok. Ada setengah tu, halba dia banyak sangat dan aku kurengg sikit kalau jenis macam tu. 

Then aku try dengan kari ikan dan suppp.. Aku terus jatuh cinta dengan Nasi Dagang Premium dari Grannies ni. 



Bila dah try dengan kari ikan tu, confirm yang lain pun ngam elok dengan nasi dagang tu. Tapi aku prefer kari ikan dengan nasi dagang. Yang lain tu untuk penambah pilihan lauk korang.


Puan Isteri pun setuju dengan pendapat aku. Jadinya, kami decide untuk repeat lagi sebab berbaloi dan dorang hantar ke depan pintu rumah.

Korang yang sekitar KL dan Selangor, boleh try termasuk la yang berada kat Putrajaya sampai la ke Dengkil. Boleh tengok di FB dan IG dorang bila dorang hantar ke kawasan korang, untuk yang jauh la.


So, korang boleh ushar FB dan IG Grannies untuk maklumat lanjut ye... Terbaikk... 

Grannies :


Catat Ulasan

0 Ulasan