Kibar Bendera Putih


KIBAR BENDERA PUTIH | Dalam sebulan dua ni, banyak yang terkesan dari lockdown ni. Ada yang terputus bekalan makanan, susu anak, pampers anak dan macam-macam lagi. Tak semua orang mampu nak hadapi semua ni, tapi terpaksa bertahan dan sanggup buat apa saja demi orang tersayang. 

Tapi ada jugak yang ambil kesempatan dengan membolot semua bantuan yang diberikan tanpa memikirkan orang lain. Macam kes kat bawah ni, aku tak tahu nak kata apa. Mungkin takut terputus bekalan makanan, tapi rasanya cukup ambil untuk tampung beberapa tempoh masa dan bila nak habis, baru ambil semula. 

Macam semalam, kempen kibar bendera putih di depan pintu rumah kalau terputus bekalan makanan dan sebagainya. Memang dapat sambutan dan viral dalam masa satu malam. Alhamdulillah, orang Malaysia masih ramai yang prihatin. Berkongsi dan membantu apa yang termampu. 

Tapi apakan daya, inisiatif yang datang dari rakyat ni dijadikan isu politik, bahkan ada ahli politik yang ambil kesempatan. Aku speechless bila baca berita komen-komen dari ahli politik, katanya itu tanda menyerah. 

Apa korang nak tengok lagi ramai hadapi masalah mental dan bunuh diri sebab PKP ni? Kalau tak nak tolong, diam je la. Biar rakyat jaga rakyat. Kami boleh jaga sesama kami. 

Insya Allah, kita bantu sesama kita. Kita jaga kita. 

Catat Ulasan

0 Ulasan