Kempen Bayar Saman, Diskaun Sehingga 50%



Saman ni dari tahun 2019,masa tu aku kerja lagi kat Damansara Perdana dan tinggal kat Shah Alam. Cuma masalahnya, aku tak ingat kenapa aku bawak kereta ke pejabat masa tu. Sebab selalu memang aku bawak motor je.

Aku dapat tahu pasal saman ni dari tahun lepas lagi, cumanya aku buat derk je la. Sebab terfikir lagi sebab apa aku bawak kereta pergi office.

Bila check balik, nak kata aku outstation time tu, macam mustahil sebabnya, selalu aku outstation pergi dengan kereta office, atau kalau kereta sendiri pun, memang takkan balik dari outstation waktu tengah hari. Mungkin aku ada buat delivery kuih dan kek kot time tu. Aku pun tak ingat.


Tapi jangan risau, aku dah settle dah bayar saman tu. Dari RM150, aku dapat hampir 50% diskaun, dan aku cuma bayar RM80 je. Macam mana boleh dapat diskaun?

PDRM baru ni ada buat Kempen Bayar Saman dengan diskaun saman sehingga 50%. Memang jimat banyak tau. Tambah lagi waktu pandemik macam ni, berbaloi jugak dan jimat la kalau bayar saman. Nak tunggu waktu lain, lambat lagi. Silap-silap makin naik saman tu.



Tapi tak semua saman dapat diskaun ye. Ada 9 jenis saman yang takkan dikurangkan kompaun tu. Cuba korang check, mana tahu dalam tak sedar sebenarnya korang ada saman jugak.

Nak bayar pun senang. Download ja applikasi MyBayar Saman atau melalui portal, boleh terus bayar saman. Clearkan rekod korang tu. 

Rekod aku yang aku sangkakan bersih, rupanya dah tercalar. Nasib badan la nak oiii... 

Catat Ulasan

0 Ulasan