Cara Setting TV Digital myFreeview


Siaran TV analog dah ditamatkan hujung 2019. So, dah tak ada dah siaran TV analog dan semuanya dah dipindahkan ke siaran TV Digital myFreeview. Bagi orang yang tak langgan Astro, mesti terfikir macam mana nak tengok TV sebab siaran analog ni dah ditamatkan. Mudah je, sebab korang boleh beli decoder MyTV je dekat kedai atau agent-agent berdaftar. Rasanya dekat platform online shopping pun ada jugak jual. Yakin atau tak je.

Tapi, sebelum korang beli decoder MyTV tu, rasanya korang boleh check dulu sama ada TV korang dah ada built-in Digital TV atau tak. Sebabnya, ada TV yang terkini dah ada built-in DTV. So, dah tak perlu beli decoder dan cuma perlu beli arial atau antena je dan boleh setting sendiri. 

Macam aku, bila dah pindah rumah ni, mertua aku hadiahkan TV dan aku tengok dah ada built in digital TV tu. Jadinya, aku beli antena. Itu pun aku cari kat FB dan boleh COD. Malas nak beli online sebab kena tunggu. Nasib baik ada penjual yang terdekat. 

Cara nak setting pun mudah sebab korang boleh guna auto searching. 

Langkah 1 : Tekan Input

Langkah 2 : Pilih DTV / ATV / DTV + ATV (ambil DTV kalau dah ada built-in)


Langkah 3 :  Tekan Auto Searching
Langkah 4 : Selesai.


Macam aku, aku dapat 17 siaran TV dan 12 siaran radio. Siaran TV ni yang basic saja ye. Kalau Astro, memang tak ada la. Tapi sekurang-kurangnya ada jugak la dan jimat kos bulanan.

Kalau korang search tu, jumlah siaran TV berkurang, korang kena ubah antena tu. Dan setiap kali ubah antena, korang kena ikuti balik langkah-langkah tadi sampai dapat siaran yang banyak. Tapi 17 tu pun dah banyak, bukan nak tengok semua pun. At least dapat siaran yang korang nak pun dah okay macam TV3, Drama Sangat dan radio. 

Selamat mencuba. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)