Raya PKP Lagi



Pengumuman PM petang semalam memang mengejutkan. Memang la ramai dah boleh agak tak boleh nak balik kampung dari awal puasa, tapi itu la, bila pengumuman dibuat dua tiga hari sebelum raya, memang ramai yang kecewa, marah, tertekan dan macam-macam lagi la.

Tapi kali ni, rasanya macam lagi tak best kot berbanding tahun lepas. Kalau tahun lepas, at least raya pertama tu boleh la jugak rentas daerah dan berkunjung rumah saudara kan, untuk tahun ni, rasa macam takda peluang je. Ziarah sesama sendiri je la yang duduk dalam rumah tu. 

Insya Allah, mungkin tahun ni je kot, harap tahun depan dah boleh balik kampung untuk beraya. Kalau tak boleh jugak, entah la. PKP sebelum raya sangat tak best. Tapi nak buat macam mana kan, kita tak berduit sangat dan tak famous. Hadap je la apa yang dorang suruh walaupun sebenarnya rasa tak adil.

Semoga semuanya dipermudahkan untuk kita semua. Insya Allah.

Catat Ulasan

0 Ulasan