Malaysian Petroleum Club, KLCC




Aku sebenarnya baru tahu je tentang kewujudan Malaysian Petroleum Club (MPC) kat KLCC ni. Itu pun sebab department aku berbuka puasa kat situ. To be honest, ni first time la sebenarnya aku jejakkan kaki kat tingkat 42 KLCC. 


Sebab aku pergi time berbuka puasa, so, review makanan kat sini, aku bagi 10/10. Superb gila dan semua makanan memang sedap. Pilihan tak banyak kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain, tapi memang sedap. Lagi pun, nak dapat suasana berbuka puasa kat tingkat 42 KLCC ni, bukan selalu. Dan harga pun, kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel terkenal lain, sini masih berbaloi. Bagi aku, aku bayar bukan untuk makanan, tapi lebih kepada environment dia. 




Aku tak ambil gambar makanan pun, segan pulak. Tapi one thing yang aku boleh cakap, memang sedap dan berbaloi. 

Kat sini, banyak photo spot yang korang boleh ambik dan memang nampak ekslusif. Rasanya tak ramai yang dorang open untuk datang berbuka puasa kat sini. Mungkin dalam 150 orang macam tu. Mungkin sebab nak kekalkan ke'eksklusif'an MPC ni. 


Yang lagi best, aku dapat ke jejantas KLCC ni dan bergambar sakan sebab kitorang naik dalam pukul 9 macam tu. Oh ye, kalau next year ada rezeki korang berbuka puasa kat sini, korang boleh request untuk ke jejantas tu ye. Insya Allah boleh ditunaikan. Tercapai jugak la impian aku nak naik dan bergambar kat jambatan KLCC ni. 

Insya Allah next year kalau ada rezeki, boleh bawak Puan Isteri pulak datang berbuka puasa kat sini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan