Korang Berjaya Daftar Vaksin Tak?



Hari ni kebanyakkan group whatsapp kecoh pasal nak mendaftar untuk terima suntikan vaksin Astrazeneca. Aku sebelum ni macam biasa-biasa je bab nak daftar sebab aku ingat just nak tunggu giliran melalui MySejahtera. Malas nak berebut isi online sebab tahu memang akan jammed nanti website tu.

Tapi memandangkan dah cuti hari ni, saja la aku masuk sharp pukul 12. Tapi apakan daya, lewat 15 minit. Ngam je 12.15, aku keep refresh website tu dan berjaya daftar.

Kalau baca group whatsapp masa tu, ramai complaint sebab tak boleh klik kat pilihan negeri. Disebabkan aku dah berjaya, aku cakap je la kena klik banyak kali sampai keluar pilihan tempat dan tarikh. Ada yang berjaya ada yang give up. Hahaha..

So bila aku dah berjaya, aku buat untuk Puan Isteri dan berjaya. Ingatkan sebab dah lambat, tak boleh, tapi berjaya jugak. Cuma tarikh tak sama la. Aku pun tak ingat bila tarikh aku. Tapi takpa, nanti akan ada reminder dua hari sebelum.

Kalau baca kat sosial media, ramai yang takut untuk ambil vaksin sebab ada kes-kes kematian disebabkan vaksin. Tambah lagi ada video-video dan artikel yang memang diragui kepercayaannya. Kalau ada kes pun, mungkin kes terpencil. Mungkin 1 kematian dari beratus ribu yang dah terima vaksin.

Disebabkan artikel macam ni, ramai yang menolak vaksin dan tak mustahil Covid19 ni akan berakhir cepat kalau ramai orang berperangai macam ni.

Vaksin ni bukan ubat tapi lebih kepada untuk mengurangkan risiko atau mengelakkan jangkitan Covid ni dekat kita. Bukan nak kata takkan kena, tapi sekurangnya kita dah cuba untuk mengurangkan risiko. Lebih kurang macam tu la konsep dia. Aku nak explain lebih pun, takut silap.

So, kalau ada pendaftaran vaksin ni lagi, ambillah. Sementara masih free. Nanti kena bayar takut berbunyi pulak. 

Catat Ulasan

0 Ulasan