Kita Jaga Kita


Semalam ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman SOP baru untuk PKP3.0. Dan bila ja pengumuman tu selesai, ramai yang marah and sounds like kecewa. Well, aku pun macam tu. Iya la, dah lebih setahun and kita pernah 'menang' kejap, then makin teruk.

Ada yang dah hilang pekerjaan, ada yang baru nak bangun, rindu kampung, tapi bila SOP yang dimaklumkan sekadar SOP, ramai yang kecewa. Ramai yang nak full lockdown. Tapi, aku tahu, tak mudah jugak nak buat full lockdown. Banyak perkara perlu dipertimbangkan.

Kalau tengok kat Twitter, banyak dah petugas barisan hadapan ni dah mula kata situasi kat hospital macam mana. Katil hampir penuh, staff penat, tak cukup rehat dan macam-macam lagi.

Kalau ikut perasaan aku update semalam, mungkin aku akan lebih emosi sebab aku menjangkakan lockdown for few weeks. Tapi sebaliknya.

Lepas dengar DG mintak kita buat self lockdown selama dua minggu, aku rasa macam, why not kita buat. At least kurangkan berada kat luar kecuali keadaan memaksa. Maksud aku cari barang keperluan. Mungkin tu boleh membantu sedikit sebanyak.

Semua ni berbalik pada diri kita sendiri. Nak ikut SOP, nak hidup normal macam sebelum ni, kita kena follow all the SOP. Fikirlah frontliners kita yang dah lama tak berehat. Insya Allah kita bantu mana yang termampu.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Kita semua sekarang ni frontliners. Amalkan SOP, Insyaa Allah. Hakikat yang perlu diterima yang kita hanpir dah menang.. tapi ade segelintir yang pentingkan diri, now dah 3.0 .. hurmmm

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)