Jumlah Kes Covid19 Tertinggi



Bukak FB dan Twitter, kebanyakkanya share infografik dari MKN tentang jumlah kes Covid19 hari ni. Jumlah kes positif Covid19 pada 19 Mei 2021 adalah yang tertinggi sejak wabak ni melanda negara lebih setahun yang lepas. 6,075 kes baharu.

Kalau sebelum ni, 5,000 lebih je dan itu pun, katanya sebab kes backdated. Ini sebab Selangor tengah buat mass testing dan of course, ramai sebenarnya yang jadi silent carrier. Takut, tak percaya semua ada.

Kalau ikut suggestion kat Twitter, ramai yang mintak untuk full lockdown, macam PKP 1.0. Ada baik buruk. Yang terkesan dari PKP1.0 pun ramai yang masih belum berdiri, tiba-tiba PKP sekali lagi. Sakit jugak tu.

Kalau tanya aku, personally aku tak tahu nak cakap macam mana. Setuju untuk full lockdown kalau tu yang terbaik untuk kawal semula wabak ni. Tapi dalam masa yang sama aku tak setuju sebab aku tahu, ramai lagi yang akan terkesan. Macam aku, Alhamdulillah dapat bangkit balik dalam masa beberapa bulan, tapi nak bangkit semula tu, sakit.

Kita doa sama-sama supaya pihak berkaitan dapat buat keputusan yang terbaik. Terbaik untuk rakyat dan negara ni. Insya Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan