Isu Ikan Buat Kuah Laksa


Dari semalam lagi rasanya aku nampak post ni, tapi hari ni ramai yang kecoh pasal jenis ikan buat kuah laksa. Macam aku, semua jenis laksa aku makan. Laksa penang, laksa kedah, laksam, laksa johor, laksa sarawak. Semuanya aku telan.

Kalau baca kat FB, ramai yang mengecam tukang post komen tu. Termasuklah orang Johor sendiri. Kalau dari negeri lain macam Kedah dan Kelantan, memang lagi ramai la yang kecam.

Bagi aku senang ja, asalkan sedap, guna ikan bilis pun sedap. Sedap macam mana pun, nanti lama-lama keluar jadi satu benda jugak.

Adoi la... Bab masak ni kita tak boleh nak komen lebih-lebih. Antara sedap atau tak ja. Ikut tukang masak. Cara orang berbeza. Mungkin dia dah biasa guna ikan kembung, tak biasa guna ikan tenggiri. Mungkin dia dah biasa guna ikan bilis, tak biasa guna ikan pari buat kuah laksa. Bergantung pada orang yang masak.

Kalau rasa benda tu tak boleh nak telan, duk diam je la. Atau kalau nak komen, mungkin boleh guna ayat yang elok sikit. 

Catat Ulasan

0 Ulasan