Cerita Raya PKP 3.0 2021



Buat kali kedua beraya di perantauan disebabkan pandemik Covid 19. Nak buat macam mana kan, kadang-kadang kita terpaksa berkorban demi orang tersayang. Mana la tahu kot-kot kita ni carrier ke, benda tu kan tak nampak.

So, untuk raya tahun ni, memang tak ke mana pun. Kalau raya tahun lepas, boleh la jugak beraya ke rumah saudara pada raya pertama tu, tapi tahun ni, nampaknya memang berbeza la dengan tahun lepas. Aku pun tak ambil cuti sebelum dan selepas raya sebabnya memang tak boleh ke mana. So kerja je la macam biasa.


Pagi raya, lepas je sembahyang raya dengan mertua aku, salam-salam, telefon mak abah kat kampung, makan-makan, then terus bergambar je dengan Puan Isteri kat dalam dan luar rumah. Pagi tu sempat jugak la share makanan raya dengan jiran-jiran. Walaupun cuma angkat tangan dan senyum je dengan jiran, tapi apa salahnya berkongsi semangat raya dengan jiran-jiran kan?

Raya pertama tengah hari tu pun dah drive thru McD dan round-round Tesco dan kedai eletrik sebab nak cari barang rumah sikit. Lepas tu tidur je la. Memang makan tidur-makan tidur sampai la raya kedua. 

Kalau tengok statistik dr KKM, macam tak tahu nak agak bila boleh balik kampung. Last aku balik kampung bulan 12 hari tu. Rasanya ni first time jugak la aku tak balik lama ke kampung. Kalau sebelum ni kat company lama, sesekali balik la jugak kampung kalau outstation, tapi kali ni, memang tak berpeluang lagi la. Insya Allah bila keadaan dah okay, boleh la balik ke kampung.


Apapun, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin andai ada terkasar bahasa, terasa dengan apa yang aku cakap, semuanya mungkin antara sedar atau tidak. 

Salam lebaran untuk semua ya...

Catat Ulasan

0 Ulasan