Mengundang Rasa Marah...


Bila tengok gambar ni kat Twitter, aku jadi speechless, sakit hati, marah semuanya la. Berapa ramai yang terpaksa tahan rindu nak balik ke kampung, baik yang bujang atau dah berkahwin, tapi sebab takut jadi silent carrier.

Sapa ja yang tak teringin nak balik beraya kat kampung. Macam aku nasib baik la duduk dengan mertua. Tapi feel beraya kat kampung tu lain.

Bila jadi kes macam ni, harapnya jangan la ada peningkatan kes. Tapi sebenarnya tak terkejut pun kalau kes naik dalam seminggu dua ni.

Alasan untuk balik ke kampung ni tambah lagi time raya, memang akan bermacam-macam. Tapi nak buat macam mana kan? Rezeki dorang dapat balik kampung beraya, harapnya yang mana balik tu, semua 'bersih' la.

Mana yang tak boleh balik, kita bertabahlah. Tahan je la geram dan amarah kita tu untuk golongan yang macam ni. Kalau betul-betul balik sebab urusan penting dan kebetulan kena dengan raya, memang takda masalah. Tapi kalau balik sebab nak beraya kat kampung, memang jadi mangsa makian orang la.

Catat Ulasan

0 Ulasan