Bayar Zakat LZS Di Mesin ATM Bank Islam

Kalau nak cerita bab zakat ni, rasanya ramai yang tahu pasal zakat ni dan pecahan-pecahan zakat. Cumanya, sesekali mesti akan ada isu atau persoalan ke mana duit zakat ni salurkan. Tambah lagi kalau viral pasal bantuan tak sampai atau sebagainya. 

Sebenarnya, sumbangan zakat ni sentiasa disalurkan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Mungkin yang viral tu, ada maklumat yang tak sampai kepada pihak pengurusan zakat ataupun masih dalam proses, jadinya bantuan yang nak diberikan tu terlambat. 

Memang akan ada yang pertikai tetapi bagi aku, aku percaya dengan kemampuan pusat zakat ni, tak kisah la daripada negeri mana sekalipun, aku yakin dorang dah menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan. Boleh je korang tengok kat Facebook atau Website pusat zakat negeri untuk tengok bantuan atau sumbangan yang telah diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Contohnya macam di Selangor sendiri, Lembaga Zakat Selangor (LZS) sentiasa muatnaik gambar dan maklumat tentang sumbangan yang diberikan. Contohnya macam Program Dapur Ramadan Asnaf Selangor (DRAS2.0), sumbangan kepada masyarakat orang asli, sumbangan kepada adik Nur Ima Eisya dan banyak lagi la. So, kita nampak ke mana duit zakat yang kita bayar setiap tahun tu disalurkan. 

 "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (Dari dosa) dan mensucikan mereka (Dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. -Surah At-Taubah (Ayat 103)

 

Selain daripada pembelian barang atas talian yang semakin jadi pilihan sejak pandemik ni, pembayaran zakat juga dah boleh dibuat secara cashless.  Antara zakat yang boleh dilakukan adalah :

- Zakat Fitrah



Untuk negeri Selangor :

Beras Super Special Tempatan (5% hancur) : RM7.00

Beras Super Special Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi : RM14.00

Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah :RM21.00

 

- Zakat Emas

- Zakat Pendapatan

- Zakat Perniagaan

- Zakat Wang Simpanan

- Zakat Emas dan Perak

- Zakat Pelaburan

- Zakat KWSP

 

Bayar Zakat Melalui Mesin ATM Bank Islam


Okay, untuk memudahkan pembayaran zakat ke Lembaga Zakat Selangor, korang boleh bayar zakat melalui mesin ATM termasuklah di Bank Islam. Tapi ianya hanya untuk sesiapa yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa kat Bank Islam je yang boleh buat pembayaran zakat kat ATM.

Cara pembayaran melalui mesin ATM dan beberapa cara lain ni adalah untuk menggalakkan orang ramai menunaikan zakat tanpa tunai atau cashless termasuklah pembayaran zakat fitrah.

Dan satu lagi, pemegang Akaun Bank Islam perlu mempunyai kad Smart ATM dan dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di mana-mana cawangan BIMB. Pelanggan akan diberikan 'Kod Penerima' semasa pendaftaran.

Jadi proses pun mudah, bila korang nak melakukan transaksi pembayaran zakat, korang perlu pilih menu 'Lain-Lain' diikuti dengan menu 'Pembayaran Bil' dan masukkan nombor 'Kod Penerima' yang korang dapat masa pendaftaran.

Pemegang kad Smart ATM BIMB boleh melakukan transaksi pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Selangor (MAIS) di mana-mana cawangan samaada di sekitar Lembah Klang atau Negeri Selangor Darul Ehsan.

Mudah je sekarang ni. Insya Allah setiap rezeki yang kita terima, pasti terselit rezeki orang lain.  

Kempen Jom Zakat Cashless



Disebabkan pandemic Covid19 ni, Lembaga Zakat Selangor sedang menganjurkan satu kempen ‘Jom Zakat Cashless’ sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan umat Islam membayar zakat dengan hadiah keseluruhan bernilai RM15,000 dan kempen ni berlangsung sehingga 12 Mei 2021 tau. 

Klik untuk sertai bit.ly/zakatcashless2021

Info lanjut mengenai zakat cashless ni, korang boleh ke http://www.zakatselangor.com.my/cashless/

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke :



Website : https://www.zakatselangor.com.my

Pembayaran Zakat : https://fpx.zakatselangor.com.my

Facebook : LembagaZakat Selangor

Instagram : ZakatSelangor

No Telefon : 1 300 88 4343

Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. senang nak bayar zakat sekrg kan..siap ade peraduan lagi

    BalasPadam
  2. Senang dah nak bayar zakat sekarang. Boleh share perkongsian ni dengan rakan dan keluarga.

    BalasPadam
  3. Tak payah nak keluar dah sekarang.

    BalasPadam
  4. Betapa mudahnya untuk kita lunaskan pembayaran Zakat sekarang ni. Tambah di musim pandemik. Dengan berzakat, kita jugak dapat bantu golongan yang memerlukan

    BalasPadam
  5. Senang cashless ni, xd sebab x buat kan fir

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)