Terima kasih daun keladi

Alhamdulillah, NA Kitchen dah open order untuk kuih raya dari awal bulan 4 lagi. Tapi masa tu macam slow sikit la. Mungkin sebab belum sampai mood nak raya kan?? Tapi sebelum tu pun memang dah ada yang tempah dah, semuanya customer tetap.


Cadangnya nak tutup order 1 Mei nanti, tapi lepas dah berbincang dengan Puan Isteri, kami terpaksa tutup order seminggu awal dari jadual asal. Iya la, kalau tahun lepas, aku boleh tolong sebab PKP dan work from home, boleh la tolong, tapi tahun ni tak sempat sebab kerja.

Takut jugak kalau banyak sangat order, tak terkejar nak buat. Aku pun boleh tolong malam je. Itu pun baru start tolong malam tadi. Tapi takpe, kita tolong sikit-sikit.


Aku dan Puan Isteri cuma nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab support NA Kitchen selama ni. Tak kira la beli atau tak. Korang share and like tu pun aku dah suka dah sebab korang sudi support bisnes kecil Puan Isteri. Insya Allah raya haji nanti kita berjumpa lagi. 

Catat Komen

0 Ulasan