Takkan Bercuti Kat KL Kot?


Baru ni kan aku staycation kat Tamu Hotel & Suites laki bini. Ada yang komen, duk kat Shah Alam je pun. Kerja pun kat KL, takkan nak bercuti kat KL jugak. Dari hari Isnin sampai Jumaat asyik view KL je, takkan nak bercuti pun nak tengok view KL jugak. Fikir balik betul jugak.

Tapi sebenarnya aku dengan Puan Isteri bukan nak tengok view KL sangat walaupun acah-acah tourist, tapi kami lebih nak makan je. Memang kami pilih Tamu Hotel tu pun sebab hotel tu memang centre kat Kampung Baru yang famous dengan macam-macam kedai makan. Sebenarnya kami pergi tiga kedai je pun. Itu pun lepas survey dan yang aku sendiri dah makan sebab budak office aku belikan kat kedai tu. Puan Isteri pun memang dah aim makanan dia sendiri dan aku pun lagi puas hati makan kat kedai sebab dapat tengok sendiri apa yang ada kat Kampung Baru tu. 

Kalau nak ikutkan banyak je kedai lain kat situ yang sedap, cumanya untuk stay kali ni, memang kami pergi yang kami dah aim dari awal je. 

1. Suraya Nasi Kukus


Kat sini memang penuh makanan-makanan Siam atau Kelantan. Dari nasi khow mok, pulut mangga, jala emas, roti tempayan, somtam, kerabu mangga, kerabu maggi, ayam bakar, lokchin macam-macam la yang selalu jumpa kat Hatyai tu, banyak yang ada kat sini. Aku dan Puan Isteri datang dua kali kat sini. 

2. Mokti's Aiskrim Gula Apong



Ni memang Puan Isteri dah aim awal. Yang ni memang dah famous dan kebetulan pulak di sebelah Suraya tu je. Kalau yang ni, aku tak berapa berkenan sebab rasa manis dia kuat. Tapi rasanya aiskrim gula apong ni memang manis kot. Aku tak tahu sebab aku baru first time makan. Mungkin ada yang boleh komen la kot. Tapi Puan Isteri memang suka Mokti's compare yang satu lagi.

3. DP Ice Cream Gula Apong



Kalau aku, memang aku suka yang ni la compare dengan yang satu lagi. Kedai ni terletak kat lorong depan Suraya Nasi Kukus tu. So dekat je la. Yang ni pun manis jugak, tapi aku masih boleh makan walaupun tak banyak.

4. Halab Gate Shawarma




Malam tu, kami naik Grab je Bukit Bintang sebab Puan Isteri nak makan shawarma. Aku pun sebenarnya dah lama tak makan shawarma ni. Memang ramai gila kat Halab Gate ni. Siap ada yang drive thru lagi. Kami tunggu 40 minit jugak kalau tak silap. Plan nak ke Pintasan Saloma pun tak jadi sebab dah letih menunggu. 

Tu je la yang aku dan Puan Isteri sempat pergi pun. Memang aim untuk makan-makan je, kiranya makan tu memang non stop la dan yang best tu, ada je ruang walaupun sebenarnya dah kenyang. Sebab tu 'sihat' je badan kan. Ala, sekali-sekali je. Lepas ni kami plan kalau dah boleh rentas negeri, sama ada Kelantan atau Melaka. Tapi mungkin Kelantan kot. Naik keretapi..

Catat Komen

0 Ulasan