Pemeriksaan Mata Di Optom Eyecare Bangi




Aku dah pakai cermin mata sejak tingkatan 2. Kiranya dah 16 tahun dah aku mempunyai empat mata. Kalau bukak cermin mata, memang aku nampak kelabu je semua. Kiranya siang malam, aku akan pakai je cermin mata, kecuali masa tidur. Selama 16 tahun ni, bermacam jenis cermin mata dah aku pakai, tiap kali nak buat cermin mata baru, pergi check dan terus buat ikut power masa aku check tu. Tapi sejak dua tiga tahun ni, aku suruh kedai tu buat power cermin mata, ikut power cermin mata sebelum ni.

Tapi baru ni aku ke Bangi, ke Optom Eyecare atas cadangan kawan-kawan. Rupanya, Optom Eyecare ni bukan sekadar kedai untuk buat cermin mata. Sebelum buat cermin mata tu, dorang akan check secara keseluruhan keadaan mata kita. 


Sampai je kat kedai tu, first impression aku dah macam wow. Sebabnya keadaan dalam kedai tu bukan dipenuhi dengan cermin mata. Boleh kata sikit je kalau nak dibandingkan dengan kedai cermin mata yang aku pernah pergi. Bila aku tanya, rupanya Optom Eyecare ni lebih kepada perkhidmatan klinikal. Kiranya Optom Eyecare ni sebagai langkah awal untuk mereka yang menghadapi masalah mata. Kalau nak check sesaja pun boleh.


Apa yang menarik perhatian aku masa kat sini, sebelum dorang suggest untuk buat cermin mata, dorang akan periksa secara menyeluruh keadaan mata korang. Bukan setakat check mata untuk tengok power mata korang tu. Dorang akan tengok dari bahagian dalam dan depan mata korang. Maksudnya akan check saluran darah, kencing manis, darah tinggi dan juga katarak. Korang jangan risau, lepas check tu, staff situ akan terangkan keadaan mata depan korang jugak dalam masa yang sama. Macam aku, Alhamdulillah, semua okay, cumanya merah sikit urat mata aku, mungkin sebab tidur lambat dan letih.


Kiranya pemeriksaan yang dorang lakukan ni adalah secara menyeluruh. Dan selepas pemeriksaan tu, dorang akan terangkan langkah-langkah rawatan untuk mata korang dalam sebuah bilik perbincangan. Jadinya lebih private la gitu. Untuk yang datang teman, jangan risau, ruang menunggu sangat selesa. Siap ada TV lagi tau. Optom Eyecare ni jugak mesra OKU tau. 


Oh...kalau keadaan mata korang tak teruk, dorang akan cadangkan beberapa langkah awal mengikut keadaan mata korang. Tapi kalau teruk, Optom Eyecare akan buat refer letter untuk korang ke hospital. Apa yang menarik perhatian aku jugak, kalau korang datang buat kat sini, Optom Eyecare akan sentiasa follow up dengan korang setiap enam bulan untuk tahu perkembangan dan korang pun boleh tahu tentang keadaan mata korang selalu. Mana la tahu, mungkin beransur baik atau kalau keadaan makin teruk (mintak simpang), korang boleh tahu awal kan??

Untuk pemeriksaan mata secara menyeluruh ni, ada sedikit caj yang dikenakan. Tapi masih berbaloi la sebabnya korang tahu keadaan mata korang macam mana. Sama macam korang pergi klinik biasa, nak cek demam atau tak, tetap kena caj kan? Harga masih mampu dibayar, insya Allah.



Dan satu lagi, kalau korang teringin nak buat cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka korang, kat sini dorang boleh buat jugak. Nama dia bespoke. Maksudnya, kalau telinga tak sama tinggi ke, nak fitkan ikut muka ke, boleh buat cermin mata bespoke ni. Atau kalau korang nak cermin mata yang design takda kat kedai ke, korang boleh buat kat sini. Aku pun baru tahu sebenarnya pasal bespoke ni. Cumanya dia ambik masa sikit la untuk siap sebabnya, custom made. Maksudnya, memang cermin mata tu dibuat khusus untuk korang.


Dari segi harga, dorang ada empat jenis harga iaitu Harga Pelajar, Low Medium, Upper Medium dan juga Premium. Dari cermin mata budget sampai la ke paling mahal. So jangan risau.

Oh, memandangkan Optom Eyecare ni baru je beroperasi di Bangi sebagai cawangan kedua (cawangan pertama di Mergong, Kedah), pada 1 April lepas, dorang ada buat promosi untuk 200 orang pertama dan korang berpeluang dapat cermin mata komputer bernilai RM300 dengan hanya jawab survey je. Klik sini kalau nak...

So apa lagi, kalau berminat, korang boleh ke :


OPTOM Eyecare
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

Catat Komen

2 Ulasan

  1. best nya....dah lama tak cek Mata...last cek masa study tahun 2013 itupun kat faculty sendiri... dah lama cadang nak buat spek ssbab mata kanan aku dia punya power 500++ 😅😅😅...kan best kalau ada kat area shah alam...heheh btw nice sharing 💪💪💪

    BalasPadam
  2. Menarik boleh custom. Jarang2 spek boleh custome.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)