Just Keep It To Yourself, Okay?


Seminggu dua ni, makin banyak pulak orang-orang famous yang rentas negeri. Bukan dengki atau cemburu. Kalau disebabkan hal kerja atau terdesak, masih boleh diterima, tapi kalau sebab benda-benda bodoh, rasanya ramai yang marah. 

Kalau tengok kat Twitter atau Facebook, memang ramai yang marah. Aku pun marah. Tambah bulan puasa ni. Berapa ramai yang mengharapkan agar sekatan rentas negeri ditarik balik supaya boleh balik kampung untuk beraya. Dua tahun kot tak boleh balik raya (kalau tahun ni masih tak boleh balik). Tapi disebabkan perkara-perkara macam ni la, sekatan rentas negeri mungkin dipanjangkan lagi. 

Ada jugak yang dah lama tak balik kampung. Ada yang dah dua tahun tak balik sebab masalah kewangan, kerja atau lain-lain mengharapkan tahun ni boleh balik beraya. Ahli politik tu memang tak boleh kata apa dah. Tapi yang orang-orang famous ni, you should show us a good example. 

Bagi yang ada duit, itu tak ada masalah. Bagi yang tak ada duit, itu akan jadi masalah. Siapa tak teringin nak balik kampung. Jumpa mak abah, family saudara kat kampung, tapi ramai yang tahan perasaan sebab takut bawa balik virus. 

Mana yang berjaya tu, just keep it to yourself. Cukup la korang dan keluarga je yang tahu. Tak perlu nam canang satu dunia yang korang berjaya rentas negeri disebabkan alasan-alasan yang tak logik. 

Macam aku, walaupun dah balik kampung bulan 12 hari tu, tak sama feel kalau balik masa raya. So tolong la, mana yang berjaya rentas negeri tu atas alasan yang tak kukuh, just keep it to yourself okay? 

Catat Ulasan

0 Ulasan