Buffet Ramadan di EDC Hotel


Kalau korang tercari-cari lagi hotel mana yang best untuk berbuka puasa kat sekitar Kuala Lumpur. Aku ada satu tempat yang offer harga buffet buka puasa murah di Kuala Lumpur. EDC Hotel ni terletak kat Jalan Raja Laut atau korang mungkin lebih familiar kalau sebut Chow Kit.

Dengan tema Sinar Ramadhan, aku yakin dan pasti korang akan puas hati dengan makanan yang ada dekat sini. Dari pemerhatian aku la kan, menu yang ada ni simple, tapi puas hati sebab sedap. Masakan pun memang rasa macam orang yang masak penuh keikhlasan, haaa, gitteww. 

Menu semuanya masakan ala kampung ada nasi putih, nasi tomato, daging masak lemak cili api, siput sedut lemak cili api, kari kepala ikan (padu wehhh), asam pedas tetel (my favorite), sayur campur mewah, pucuk manis masak lemak, ikan bakar, kambing bakar, koh po sotong dan ada lagi la. Best part is, selama aku pergi buffet buka puasa, rasanya aku tak pernah jumpa lagi burung puyuh. Dan aku jumpa PUYUH PERCIK dekat sini. Memang satu kelainan la.


Untuk pencuci mulut dan menu sampingan yang lain, jangan risau, memang ada. Baik dari kuih-kuih Melayu, kek, ABC, bubur semuanya ada. Insya Allah sedap.

Oh, lupa nak cerita. Nama kafe untuk berbuka puasa kat EDC Hotel ialah Sudirman. Dan apa yang aku diberitahu, frame-frame yang digantung kat sekitar cafe tu adalah milik Sudirman sendiri yang diberikan oleh ahli keluarga Sudirman. Siap ada basikal tua lagi, tapi pihak hotel simpan dulu.

Sudirman boleh memuatkan sekitar 50 -70 orang dalam satu-satu masa. Tapi kalau korang nak datang lebih dari tu untuk syarikat, dorang jugak ada ballroom yang boleh masuk dalam 300 kalau tak silap aku. Tapi aku memang puas hati untuk datang berbuka puasa kat sini. Murah, buffet dan sedap. Surau pun selesa tau kat tingkat 12. 

Lepas berbuka tu boleh round pasar malam Chow Kit tu untuk window shopping kalau korang nak. Kat area situ pun boleh shopping sebab dah dekat dengan GM Plaza.

Kalau korang berminat, boleh je ke :

Website : EDC Hotel KL

Instagram : EDC Hotel Kuala Lumpur

Tel : 03 4051 9191 / 011 3387 1899

Catat Ulasan

1 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)