Berbuka Puasa Di Dorsett Grand Subang


Tak lama dah lagi nak puasa. Kalau tahun lepas, berbuka puasa memang kat rumah je sebab PKP. Bazar Ramadan pun takda, tapi Alhamdulillah, tahun ni insya Allah dapat la keluar rumah sikit masa bulan puasa, nak berbuka kat luar pun boleh. Lagipun ramai yang terkesan terutama sekali hotel-hotel yang sebelum ni banyak offer pakej berbuka puasa.

Bagi yang berada di kawasan Subang, Shah Alam, Puchong atau berdekatan, korang kalau nak berbuka puasa kat luar, korang boleh je ke Dorsett Grand Subang (DGS). DGS pada tahun ni menawarkan dua jenis set berbuka puasa iaitu set Santapan Barokah dan jugak Santapan Mubarak.





Masa aku pergi baru ni, menu-menu yang ditawarkan mengikut set ni memang menarik dan ada rasa kampung style sikit. Menu pilihan aku sup ekor, rendang daging, sayur lemak manis, kerabu pucuk paku. Kena dengan selera aku la.

Untuk setiap set yang korang tempah, memang lengkap dengan pembuka selera, menu utama iaitu nasi beriyani, lauk pauk kampung, kuih muih dan jugak manisan. Untuk aku, memang agak kena la selera aku dengan makanan yang disajikan dekat sini. 

Okay, apa beza Santapan Barokah dengan Santapan Mubarak?

SANTAPAN BAROKAH



Untuk set Santapan Barokah ni, ia dihidangkan secara Dome Set dengan lima pilihan menu bagi setiap set dome tu. Menu semua menyelerakan. Jangan risau, insya Allah tidak mengecewakan bagi yang datang berbuka puasa kat sini sebab untuk tekak aku, sedap dah.

HARGA :

RM78.00 / DEWASA

RM68.00 / KANAK-KANAK (6-12 TAHUN) & WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS)

SANTAPAN MUBARAK (DELUXE SET)

Di DGS, set ni kiranya yang premium la untuk set berbuka puasa. Dengan beberapa pilihan tambahan menu lagi, set ni datang lengkap dengan nasi beriani lamb shank, nasi beriani Muar dan beberapa jenis pilihan lauk dan juga pencuci mulut. Kiranya set ni ada beberapa hidangan tambahan kalau nak compare dengan Santapan Barokah tadi la. 

HARGA :

RM98 /  DEWASA

RM88 / KANAK-KANAK (6-12 TAHUN) & WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS)

Selain tu jugak, my favorite untuk set berbuka puasa kat DGS ni, korang jugak boleh add on sup gearbox pada harga cuma RM55 untuk satu hidangan. Sup dia memang my favorite la sebab ngam elok. Ala-ala sup siam macam tu. 


Kalau korang berminat, korang boleh buat tempahan awal kat Dorsett Grand Subang melalui :

Telefon : +603 5031 6060

Email : bookfnb.subang@dorsetthotels.com

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Banyaknye menu dia. Kelaparan dah ni tengok makanan dia

    BalasPadam
  2. Waow bestnya lama dah tak pegi buffet

    BalasPadam
  3. Dorsett mmg boleh tahan sedap makanan dia. Bestnya...

    BalasPadam
  4. Wah, bestnya menu... Masa dok koje kat central dulu selalu pi Dorsett untuk makan-makan... Harapnya dapatlah pi time Ramadhan nanti insyaAllah...

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)