Tak sabar tunggu hujung minggu



Sebulan setengah tak kerja, setiap hari rasa macam hujung minggu. Kebetulan pulak PKP, memang duduk kat rumah je la. Ambik mertua kat dialisis, gi beli barang dapur, buat delivery. Itu je la...

Tapi bila dah kerja ni, memang tak sabar rasa nak tunggu hujung minggu untuk berehat. Tak ke mana pun takpe, janji rehat. Tapi itu la, bila duk rumah je, jadi lemau jugak. Dalam otak duk fikir nak keluar je, tapi fikir balik, kalau keluar, jadi penat.

Sudahnya, kalau keluar pun, round kat mall je kejap cuci mata dengan Puan Isteri, lepas tu makan-makan.. Balik dan baring je sambil main fon.

Catat Komen

0 Ulasan