Menginap Di Tamu Hotel & Suites, Kampung Baru

Hujung minggu baru-baru ni, aku saja je nak ajak Puan Isteri staycation. Dah nak pergi jauh tak boleh, so dalam kawasan KL or Selangor je la. Aku suggest dekat Puan Isteri untuk book Tamu Hotel and Suites kat Kampung Baru sebab nak buat food hunting. Lagi pun aku suka hotel ni sebab seminggu sebelum tu, companya aku buat event kat sini, view KL Tower dan KLCC yang memang aku suka. 


Kami dah siap buat list lagi nak makan kat mana. Yang tu aku cerita kat entry lagi satu nanti. So, kami sampai pukul 2 petang ngam waktu check in. Ramai jugak kat lobby dan aku biarkan Puan Isteri berurusan dekat kaunter. Dalam aku duk berdiri tu, ada sorang staff datang tegur. Tanya dari mana. Layanan memang ramah dari staff hotel ni.

Selesai je urusan, terus naik ke bilik dan aku amat mengharapkan dapat view KL Tower atau KLCC. Dan tadaa....memang dapat apa yang aku inginkan. Excited kami dua laki bini dapat bilik macam tu. Sebab aku takut dapat view Istana Budaya. Heeheheh...


One thing yang aku suka, bilik standard dia memang besar. Bukan besar, tapi panjang. Space memang banyak. Nak bentang toto pun boleh kat bawah tu. Toilet selesa and view cantik gila. Hahaha...

Kelengkapan pun perfect. Ada peti ais, safety box, iron, sejadah. Memang lengkap untuk datang bercuti.


Kalau korang nak mandi pool pun boleh. Tamu Hotel ni ada indoor pool kat tingkat 16 dan as usual. View bandaraya KL yang aku suka. Tapi memandangkan PKP, korang kena tempah slot ye pukul berapa. Tapi sebab kami memang tak ready untuk pool, so, kami tak book slot la.


Kalau makan pulak, kami ambik set breakfast kat Tamu Hotel ni kat Suasana@27. So breakfast kayangan la kat tingkat 27 bertemankan view bandaraya KL. Makanan not bad la untuk breakfast.


Kalau tanya, nak repeat lagi ke tak, aku akan cakap akan repeat sebab hotel dia selesa dan sangat strategik. Makan dekat, fasiliti lengkap, staff yang peramah.

Kalau korang nak tahu lagi pasal Tamu Hotel and Suites ni, boleh ke laman web dorang okay. Click https://www.tamuhotel.com/


Sesekali apa salahnya support local tourism kan. Tambah dengan PKP ni, masa ni la nak explore apa yang ada dekat-dekat kita. 

Catat Ulasan

0 Ulasan