Infaq Ramadan dengan Lapowey


Tinggal berapa hari je lagi sebelum masuk bulan puasa. Puasa tahun ni entah sama macam tahun lepas atau suasana dia sama macam sebelum PKP. Tapi yang paling penting, peluang untuk menggandakan pahala dengan amal ibadat, insya Allah kekal sampai bila-bila. 

Kalau korang dah ada plan untuk melakukan amal ibadat dengan menjamu mereka yang memerlukan dengan berkongsi juadah berbuka puasa, aku nak cadangkan korang untuk berhubung dengan pihak Projek Lapowey. 

Apa Projek Lapowey ni? 
Projek Lapowey ni adalah projek untuk mana-mana syarikat korporat atau individu yang berkemampuan untuk melalukan infaq makanan kepada mana-mana rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua atau kalau korang nak bagi dekat frontliners yang sedang bertugas pun boleh. Kalau nak hantar ke tempat lain macam madrasah, pusat tahfiz pun boleh. Takda masalah.

Apa yang korang kena lakukan cuma buat tempahan kat pihak Lapowey dan kuantiti yang korang nak infaqkan, tapi dengan minima sekurang-kurangnya 100 pax. Lagi lebih lagi bagus. Ada enam pilihan menu untuk korang pilih dan aku rasa korang pun teringin nak rasa nanti kalau tengok menu-menu dia. 

Setiap set yang korang pilih tu didatangkan dengan nasi, lauk, sayur, kurma dan jugak air mineral dengan harga bermula dari RM8.00.


Bila korang dah tempah tu, pihak Lapowey akan masak dan buat penghantaran secara PERCUMA ke rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang yang korang dah pilih masa awal-awal tu. Kalau luar dari Lembah Klang, korang boleh berbincang dengan pihak Lapowey. 

Untuk mengelakkan korang rasa ditipu, pihak Lapowey akan bagi bukti kat penderma dan juga akan upload kat media sosial (tanpa mendedahkan maklumat penderma) yang infaq makanan korang tu dah selamat ditunaikan oleh pihak Lapowey. 

Jumaat minggu lepas, dalam pukul 12.30 tu, aku dapat dua bungkus makanan dari Lapowey. Set ikan masam manis dan Briyani Kambing Tok Cu. Tapi sebab kelam kabut ke masjid, aku naik letak je dulu atas meja, balik masjid baru makan. 


Untuk portion, aku rasa ngam elok dah untuk berbuka. Ada lauk, air, nasi, sayur dan kurma. Aku ambil set kambing Tok Cu dan set ikan masam manis tu, aku bagi kat kawan aku. Portion untuk kambing dan ikan tu aku rasa banyak compare dengan nasi which is masih boleh diratah. Nasi briyani dia memang sedap, tak terlalu berasa rempah dan tak terlalu rasa kosong. Untuk ikan masam manis, aku rasa sikit. Tepung tak tebal dan tak nipis. Tambah pulak dengan sos sweet sour tu. Memang ngam elok. 

Best part pulak, kuah tak bercampur dengan nasi sebab ada partition masing-masing. Walaupun guna khidmat runner (motor) kuah masih kat tempat dia. Tak bersepah la bekas tu. 


Jadi kalau korang berminat untuk melakukan infaq makanan, boleh je contact pihak Lapowey ni di : 

Talian Tetap : 03 7734 1278 (Office hour) 

Whatsapp :





Facebook : 

Instagram :

Catat Komen

3 Ulasan

  1. Bagus nya inisiatif Dapur LapoWey ..
    Cara yang memudahkan buat sesapa yang berkemampuan untuk memberi pada yang memerlukan.

    BalasPadam
  2. Kanportion dia besar dan banyak..memang puas hati kalau dapat infq makanan

    BalasPadam
  3. jd lapo ngk nye.. barulah penderma yakin nak infaq untuk ramadhan nie.. terbaik lapowey

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)