Bersyukur dengan apa yang ada...


Zaman aku study dulu, pernah jugak la aku daftar untuk jadi sukarelawan dengan NGO mana entah kat Chow Kit. Tapi sebab masa tu student, memang nak enjoy, plus sorang pulak tu, memang ke laut jugak la niat tu.

Tapi bila aku dah kerja ni, kebetulan tempat aku kerja tu kat tengah KL, dapat la merasa edarkan makanan kat gelandangan ni. Itu pun kerjasama dengan satu NGO kat area office aku jugak. Katanya memang kerap jugak company yang aku kerja sekarang join NGO tu sebagai CSR dorang.

Bila aku tolong-tolong tu, tengok pakcik makcik, brother-brother yang datang tu, buat aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Kesian tengok dorang. Entah macam mana keadaan dorang. Makan tidur pun entah macam mana. Walaupun ada yang datang tu bukan gelandangan, tapi ada jugak yang miskin tegar. I dont know. Tu apa yang aku dapat bila aku tanya sukarelawan situ la. 

Belajar untuk mensyukuri dengan nikmat yang diberikan. Sesekali kita akan merungut jugak, aku pun sama. Tapi bila joined aktiviti yang macam ni, kita akan rasa lebih mensyukuri dengan apa yang kita miliki. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. rindu akriviti amal zaman2 bujang,agak aktif jugak huhuuu...bukan sekadar berakticiti tau,jiwa kita akan terdidik dengan sendiri,seronok dan banyak benda boleh belajar.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)