Tiada Lagi NTV7


Bukak Twitter, ramai yang dok retweet video montage NTV7 dari dulu sampai sekarang. Semuanya gara-gara channel NTV7 tu akan ditukar ke Didik TV di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, bermula 17 Februari. 

Kenangan aku dengan NTV7 ni masa aku budak-budak dulu je la. Masa sekolah rendah kalau tak silap aku. Selalunya tengok kartun. Dari pagi sampai ke malam, banyak je kartun yang best, tambah lagi masa weekend. Keluar main pun tengah hari sampai pukul 5 macam tu je sebab pagi dengan petang banyak kartun best.

Digimon, Pokemon, Hugo, Crayon Shin Chan dengan Doraemon tu memang dah kartun wajib setiap hujung minggu. Kalau tertinggal, nanti pergi sekolah tak boleh join kawan-kawan sembang. Hahahaha... 

Tapi mungkin ni langkah terbaik untuk kerajaan sebab budak-budak nak ke sekolah pun dah susah, cuma yang ada peperiksaan besar je. Jadinya yang lain ni pun susah untuk belajar. Tak semua ada telefon bimbit tambah sekali yang duduk kat kampung. TV sekurang-kurangnya boleh berkongsi, belajar ramai-ramai. Kan? 

Cumanya kita doakan wabak pandemik ni berakhir dengan cepat dan semuanya kembali macam biasa. Insya Allah. 


Catat Komen

0 Ulasan