Setelah 52 hari...



Setelah 52 hari tidak bekerja dan gigih mencari kerja, akhirnya Alhamdulillah 22 Februari ni aku akan melapor diri di tempat baru. Aku bersyukur sangat-sangat sebab tak terlalu lama menunggu. Tapi sebenarnya sangat lama untuk aku yang dah biasa ke pejabat sejak lima tahun lalu. 

Stress fikirkan macam mana nak tanggung keluarga, walaupun masih berdua, memang ada dan aku sentiasa berfikir macam mana la kalau lambat lagi aku dapat kerja. Tambah dengan keadaan sekarang, memang lagi susah nak dapat kerja. 

Bila baca di sosial media tentang orang lain yang lagi awal terpaksa diberhentikan kerja, yang masih mencari kerja, kesempitan duit, aku bersyukur sebab dalam tempoh hampir 2 bulan ni, Puan Isteri sangat memahami. Nasib baik jugak la ada bisnes Puan Isteri yang boleh jugak support sikit-sikit. Dan ada jugak bantuan-bantuan dari kerajaan, jadi tak terasa sangat. 

Aku bersyukur orang sekeliling aku sangat memahami. Puan Isteri, keluarga, keluarga mertua, kawan-kawan yang selalu bagi semangat. 

Jujur aku cakap, dari aku buat keputusan untuk terima tawaran MSS tu, aku rasa sampai minggu lepas, dah dekat 20 interview yang aku pergi, sama ada online atau bersemuka. Dan setiap kali tak dapat respon lepas dua minggu, agak kecewa, tapi aku tahu, Allah akan bagi pada masa yang tepat. 

Kepada kawan-kawan yang masih mencari kerja, bersabarlah. Insya Allah sampai masanya, rezeki korang akan sampai. Bersabarlah... 

Catat Komen

0 Ulasan