Naik Turun Tangga Sebab...



Sejak duduk rumah sambil lepak-lepak ni, aku banyak naik turun tangga. Tambah lagi hari ni, dua jam kat bawah, naik atas balik dalam 20 minit, lepas tu turun balik duduk sejam, naik balik.

Bukannya nak bersenam apa pun, tapi sebab boring tak tahu nak buat apa. Nak tengok TV pun, walaupun banyak movie or channel, tetap tak tahu nak tengok apa. Naik bilik pun, aku baring sambil layan YouTube. Aku dah jumpa vlogger baru dari Indonesia. Layan jugak la selagi tak boring. 

Untuk elakkan boring, aku cuma boleh tolong Puan Isteri sikit-sikit je la. Tapi selalunya bila aku boring atau mati kutu ni, aku jadi rajin. Kadang-kadang la...

Catat Ulasan

0 Ulasan