Isu J&T : Perlu ke DiBoikot?


Aku rasa sejak PKP 2.0 ni, isu J&T ni dah kembali, sama masa PKP 1.0 dulu. Dan macam biasa, pengguna mula menilai dan ada yang mengambil keputusan untuk memboikot.

Aku pun tak berani nak cakap lebih-lebih. Kalau baca komen di Facebook dan Twitter, macam-macam ada. Ada yang backup, ada yang menghentam. Dan aku, sebagai orang luar dan pengguna, hanya boleh baca ja. 

Mungkin apa yang disampaikan betul, dan mungkin jugak ada yang salah. Mungkin ada yang ditambah perasa. Kita tak tahu cerita sebenar. 

Baik dari pihak pengurusan atau wakil pekerja, baiklah berbincang untuk wujudkan win-win situation. Kalau berlarutan macam ni, hilang customer. Customer hilang, company takda income. Company takda income, pekerja terpaksa diberhentikan. Aku rasa ni mungkin ada masalah dalaman. Kalau ada mana-mana yang rasa tertindas, negara kita ada undang-undang, so go ahead.

Kalau tanya aku, nak boikot ke tak J&T. Ermm.. Buat masa ni aku takda masalah lagi dengan J&T. Tapi selalunya aku akan pergi yang murah dan cepat. Yang mana? Semua la aku pergi, yang mana sempat... Hahahaah... 

Catat Komen

0 Ulasan