Dah daftar vaksin Covid19


Tengok kat FB, Twitter ramai dok berbalah pasal vaksin Covid19 ni. Ada yang setuju, ada yang tak setuju. Terutama sekali dari golongan anti vaksin. Agenda Yahudi la, microcip la apa semua tu. 

Bagi aku mudah ja, kalau demi kepentingan bersama, terima lah. Lagi pun Mufti sendiri pun dah terima suntikan vaksin, dan dah keluarkan hukum lagi tentang vaksin ni. Jadi tak perlu la nak berbalah lagi. 

Bukan nak kata vaksin ni jaminan untuk kita tak terima sakit Covid19 ni, tapi sekurang-kurangnya kita mencegah untuk kemudaratan yang lagi teruk. Sama macam kita naik motor atau bawak kereta. Kita dah pakai helmet, dah pakai seatbelt dan dah bawak dengan penuh berhemah, tapi kalau nak accident, accident jugak. Cumanya mungkin kesan yang diterima tu tak seteruk kalau kita abaikan semua tu. Sama la macam vaksin. 

Tak salah untuk kita mencegah. Alim ulamak pun dah keluarkan hukum tentang vaksin ni dan dorang lagi pakar dari kita. Bak kata pepatah, jangan dah terhantuk baru nak terngadah.  

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Assalamualaikum..Tahniah kerana telah mendaftar... SS belum daftar, bukan juga anti vaksin... tapi SS KIV dulu utk sebarang vaksin.

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)