70KM Pergi Balik



Alhamdulillah aku dah mula kerja kat tempat baru. Hari ketiga sebenarnya hari ni. Kali ni kat betul-betul tengah KL. Kalau ikutkan, kawasan ni memang kawasan padat la. Mungkin sebab PKP kan, so tak terasa la padatnya tu.

Macam biasa, bila kerja kat area KL ni, aku of course guna motor je. 35km pergi, 35km balik. So, 70km la pergi balik, sehari. 40 minit pergi, 40 minit balim. So, dah tiga hari, lemau la jugak rasa sebabnya dah dekat dua bulan tak travel jauh macam ni naik motor, sementara nak biasa tu, lambat sikit la.. Mungkin next week dah okay. Sebelum ni pun jarak lebih kurang je.. Cuma yang baru ni lebih dalam 8km macam tu ja la... 

Kalau ikutkan, boleh je aku naik public transport sebab ada stesen monorail ni tak jauh dari office aku. Tapi bila fikir balik, rugi kat masa. Naik KTM dari Shah Alam ke KL Sentral dah sejam, tukar monorail lagi. Masuk kerja pukul 8.30 kalau bukan time PKP. Memang awal aku nak kena gerak.

So, baik merempit je. Memang dulu aku berangan kalau kerja kat tengah KL, aku nak guna public transport, tapi rasanya macam mustahil je buat masa sekarang.

Tapi mana tahu masa-masa akan datang kan... 

Catat Ulasan

0 Ulasan