Terima kasih kawan-kawan...



Alhamdulillah, semuanya sebab kawan-kawan yang sentiasa menyokong aku dalam keadaan sekarang ni. Even sebelum keadaan sekarang ni pun, ramai kawan-kawan yang support. Aku bersyukur untuk semua ni. 

Dalam keadaan aku yang masih mencari kerja sekarang, ramai kawan-kawan yang support dengan inform aku mana-mana kerja kosong, support bisnes Puan Isteri dengan order makanan dari NA Kitchen, semua ni sangat membantu untuk naikkan semangat aku. 

Memang kadang-kadang ada masanya aku down, tapi bila kawan-kawan dok support dengan bagitau mana-mana jawatan kosong, order dari dapur kami, naik sikit semangat aku. 

Alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan... I love you. 

Catat Ulasan

0 Ulasan