Stay At Home And Stay Safe



Mesti ramai yang terkejut bila tengok kes hari ni melebihi 4,000 kes. Sebelum ni, dok tengok negara jiran yang paling dekat merekodkan jumlah kes tersebut dalam satu hari, tapi kali ni, kita pulak yang alami.

Hermm, takkan raya kali ni pun kat perantauan lagi? Cukup la tahun lepas beraya kat perantauan. Aku yakin ramai yang nak balik kampung beraya, jadi apa yang kita boleh buat? Duduk di rumah dan keluar bila perlu ja.



Macam aku pun, aku tak nafikan yang aku pun ada keluar jugak, tapi aku yakin, buat masa ni aku keluar bila perlu. Buat delivery (dalam radius 10km), beli barang baking dan barang dapur dan bila perlu ja. Kalau tepu duduk dalam rumah pun, aku keluar meronda dengan Puan Isteri. Itu pun duduk dalam kereta je. 

Aku harap, korang pun sama. Kita dah buat dulu dan kita berjaya, kali ni pun aku yakin rakyat Malaysia mampu. Come on... 

Tahun ni kita boleh nyanyi lagu 'Balik Kampung' masa raya. 

Catat Komen

0 Ulasan