Rezeki Masing-Masing


Memandangkan aku sekarang dalam usaha untuk cari kerja baru, jadinya, dengan keadaan sekarang, PKP 2.0 pulak tu, aku agak skeptikal sikit untuk dapat kerja dalam masa terdekat. Perasaan tu datang sesekali je la. Bukannya selalu. Tipu la kalau aku cakap aku tenang sepanjang masa. 

Tapi, semangat aku tak pernah kurang pun untuk cari kerja baru. Jobstreet, Indeed, Telegram, Twitter semuanya aku explore untuk cari kerja. Yang mana aku rasa sesuai dengan pengalaman dan kelayakan aku, aku terus apply. Bukan memilih, tapi takkan la aku nak mintak position bahagian mechanical kan? Ukur baju di badan sendiri la.


Bila aku bukak LinkedIn, ada ja yang terima offer kerja dalam tempoh PKP ni. Walaupun mungkin tak ramai (yang dalam connection aku), tapi masih ada. Rezeki masing-masing dan aku percaya rezeki aku tak lama lagi. Mana tahu dari interview aku yang sebelum-sebelum ni ada satu yang sangkut. Insya Allah. 

Catat Komen

0 Ulasan