Rezeki Masih Luas Di Luar Sana

Kalau sebelum ni, aku dok baca kisah orang yang kehilangan sumber pendapatan disebabkan Covid19 ni, memang aku tumpang sedih. Dan aku sendiri tak dapat nak bayangkan macam mana kalau aku sendiri berada dalam situasi tu.
Tapi akhirnya, siapa sangka aku pun jadi salah seorang yang terkesan akibat Covid19 ni. Walaupun aku boleh menolak, tapi aku rasa, mungkin rezeki aku kat situ sampai di sini ja. Rezeki aku dah tertulis kat tempat lain. Dan sampai 31 Disember ni, maka berakhirlah tugas aku di syarikat sekarang.

Alhamdulillah, aku dah hadiri beberapa temuduga bulan ni, dan mungkin salah satu darinya akan jadi rezeki aku. Insya Allah.

24 Disember, hari terakhir aku bekerja dan ada buat makan-makan sikit. Sedih nak tinggalkan dorang semua. Tiga tahun 9 bulan aku kerja kat situ, bermacam dah yang aku join aktiviti dorang. Dorang keluarga kecil aku kat syarikat tu. Insya Allah, aku takkan lupa semua kenangan kat situ.

Terima kasih semua sebab jadi kawan yang baik untuk aku selama aku kerja kat situ. Dan semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.

Catat Komen

0 Ulasan