Nasib Baik Ada EIS

Alhamdulillah, permohonan EIS aku dah lulus. Lapang la sikit dada ni nak fikir untuk bayar komitmen bulan-bulan. Lepas la untuk bayar yang penting-penting macam kereta, bil telefon dan satu dua benda lagi. 


Buat masa ni, aku tak ambil moratorium untuk kereta sebab fikir untuk jangka panjang. Tapi kalau keadaan memaksa, nak tak nak mungkin terpaksa ambil. Tapi harapnya tak la.

EIS ni apa? Aku nak cerita pun tak tahu. Tapi, mainpoint dia, kalau majikan korang ada buat caruman untuk korang dan kalau korang diberhentikan atau berhenti kerja disebabkan kes tertentu, korang boleh apply EIS. EIS ni bawah PERKESO tau.

Apa yang EIS ni boleh buat? EIS akan bagi elaun sebanyak beberapa percent dari gaji korang selama 6 bulan. 


Dan dalam masa yang sama, sebagai syarat mohon EIS ni, korang jugak perlu mendaftar dengan My Future Job dan sentiasa kena update Log Pencarian Pekerjaan di laman web EIS setiap kali korang memohon atau mencari kerja baru. Ni kiranya sebagai bukti yang korang memang aktif cari kerja. 


Dan kalau korang dah dapat kerja baru, korang kena maklumkan kepada pihak PERKESO. 

Korang boleh baca sendiri di sini

Aku harap ni mungkin sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang kehilangan pekerjaan. Tambah lagi dengan keadaan sekarang kan.. 


Catat Komen

0 Ulasan