Asyik Keluar Masuk Office


Aku rasa, tahun ni paling banyak aku keluar masuk office orang untuk interview. Mungkin dekat 15 kali kot rasanya. Bulan 12 saja dah 6 tempat aku pergi interview.

Aku mula rancak cari kerja lain bila aku ambik keputusan untuk terima tawaran MSS. Jadinya, aku kena mulakan langkah cari kerja baru. Bukan tak nak berehat dulu, tapi kalau dapat kerja baru cepat, at least simpanan tu banyak la jugak kan?

Bidang yang aku cari? Of course la as a PR jugak tapi mungkin dalam bidang yang berlainan. Tapi aku try jugak untuk jawatan lain. Apa je jawatan kosong yang aku dapat, memang aku terus apply.

Orang cakap, rezeki aku murah dapat panggilan interview merata-rata. Alhamdulillah. Dan harapnya adalah yang sangkut. Ada yang sekali pergi, dah melekat terus rezeki, macam aku, belum ada lagi. Insya Allah, soon. Doakan aku... 

Catat Ulasan

0 Ulasan