Kali ke-2 Balik Kampung Untuk Tahun 2020



Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung lepas beberapa bulan terperangkap kat Selangor disebabkan PKPB/PKPP. Last aku balik bulan 6 hari tu. 

So, memandangkan cuti tahun aku ada lagi dan boleh rentas negeri, aku dan Puan Isteri ambim keputusan untuk balik ke kampung. Memang nak balik awal sebab takut tak boleh rentas negeri kalau nanti dekat-dekat Christmas diumumkan tak boleh balik. 


Aku tahu, mungkin ada yang tak setuju orang bandar, terutama dari kawasan Selangor dan KL balik ke kampung, tapi aku rasa aku dah ambil langkah yang patut sepanjang aku di Selangor. Insya Allah doakan yang baik-baik ya. 

Kali ni aku balik lama sikit dari biasa. Kebetulan pulak ada kerja yang perlu diselesaikan. Jadi sekali harung je la kan. 


Macam biasa, aku dengan Puan Isteri tak bagitau sesapa pun untuk balik, surprise kononnya. Dan, surprise jugak la walaupun kak aku ada yang dah syak. Hahahaa... 

Well, selamat bercuti dan ingat, ke mana pun, SOP kena jaga. Insya Allah semuanya akan baik-baik ja... 

Catat Ulasan

0 Ulasan