Bila dah
masuk alam pekerjaan atau dah ada income sendiri ni, menunaikan zakat adalah
satu kewajipan untuk kita semua yang bergelar Muslim. Bahkan, zakat ni jugak
merupakan salah satu Rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam.
Tapi,
tahukah korang yang zakat pendapatan ni terbahagi kepada beberapa. Bukan
sekadar gaji yang kita dapat setiap bulan tu (untuk yang makan gaji). Kali ni
aku nak senaraikan beberapa jenis zakat pendapatan dan akhir sekali cara untuk
kita bayar zakat pendapatan kita. Tapi sebelum tu, kita tengok dulu maksud
zakat pendapatan.
Maksud
Zakat Pendapatan : Semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang
diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau
sekali-sekali.
1. ZAKAT HARTA PENGGAJIAN DAN UPAH
KERJA
Maksud :
Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya
untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan
sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam
tempoh yang dipersetujui bersama.
Ianya
termasuklah gaji, upah, bonus, claim kerja lebih masa, gratuiti, pampasan,
pencen, hadiah, anugerah dan insentif dan sebagainya atau apa-apa hasil yang
diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.
2. ZAKAT HARTA PEMBERIAN ATAU SUMBANGAN
Maksud :
Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang
dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu
atau institusi dalam tahun semasa (dalam bentuk harta zakawi yang bukan dalam
bentuk harta tetap dan bukan merupakan nafkah wajib.
Contohnya
macam hibah, hadiah, saguhati, pencen pasangan, sedekah, pampasan, harta
pusaka, mahar perkahwinan dan lain-lain.
3. ZAKAT HARTA KERJA BEBAS
Maksud :
Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya
sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau
perkhidmatan profesional.
Contohnya macam bayaran khidmat konsultasi profesional, bayaran porjek yang diterima kontraktor dan keuntungan projek bermusim, komisyen, royalti dan hasil tunai sekali sekala sekala seperti hasil pembiayaan semula aset atau hasil jualan aset tetap dan lain-lain.
4. ZAKAT HARTA al-MUSTAGHALLAT
Maksud :
Segala harta yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi
mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.
Contoh seperti kutipan rumah sewa, bangunan, kilang, premis perniagaan kenderaan dan hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan dan lain-lain.
CARA KIRAAN
ZAKAT PENDAPATAN
Okay, kalau
tadi aku dah share dengan korang jenis-jenis zakat pendapatan. Kali ni aku nak
tunjuk dengan korang macam mana pulak cara pengiraan zakat pendapatan ni.
Jumlah
pendapatan yang korang dapat daripada jenis-jenis pendapatan ni mestilah
ditolak dengan had kifayah isi rumah, had kifayah lain (jika berkaitan) dan tolakan
lain.
Jadi selepas tolak tu semua, akan dinyatakan berapa banyak jumlah zakat pendapatan yang korang perlu bayar kepada pihak zakat. Tapi macam mana nak tahu asas had al-kifayah ni??
Jangan risau. Untuk memudahkan korang, Lembaga Zakat Selangor dah menyediakan Kalkulator untuk mengira jumlah Zakat Pendapatan yang korang perlu bayar. Apa yang korang kena buat cuma masukkan maklumat yang diperlukan dan tadaaa….siappp…
Mudah je
dengan Lembaga Zakat Selangor ni. Korang boleh buat bayaran secara atas talian.
Dan dengan keadaan pandemik sekarang ni. Elok sangat korang buat secara online.
Website : https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor/
Instagram :
https://instagram.com/zakatselangor?igshid=fg6cvnmkraswSo
So, apa
lagi, jom la bayar zakat pendapatan korang. Insya Allah berkat semuanya.
2 Ulasan
Terima kasih share info ni. Nak kena kira zakat pendapatan ni
BalasPadamUntuk yg bergaji terutamanya, perlu sgt ambil tahu nie..
BalasPadamTinggalkan komen anda di sini...
Emoji