Hilang Mengidam Makanan Kampung



Aku baru je balik dari kampung. Saja menghabiskan cuti tahun aku kan. Alang-alang dah boleh rentas negeri kan, terus je la balik. Kang kalau aku lambatkan balik kampung, tetiba time Christmas tak boleh rentas, tak ke naya. Kiranya tahun ni, kali kedua la aku balik kampung.

Balik kali ni, aku memang habiskan cuti aku la memandangkan itu je yang ada. So, habiskan je la. 10 hari jugak la aku balik ke kampung. Dan sebelum-sebelum tu, aku dah cakap kat mak dengan kakak aku, apa yang aku teringin nak makan. Walaupun Puan Isteri boleh je masak apa yang nak tu, tapi feel tu lain. Eceehhhhh...


Alhamdulillah, dapat jugak la apa yang aku nak tu. Nasi goreng ayam kukus, pulut kuning, kulat sisir goreng. Itu je pun yang aku nak. Yang lain tu aku tak kisah pun nak makan apa. Cuma aku prefer lauk-lauk kampung je. Sebab nama pun balik kampung kan??


Kat Shah Alam ni bukannya tak boleh nak makan simple-simple lauk kampung ni, tapi entah la.. Feel dia tetap tak sama. Cuma dapat la lepas rindu nak makan lauk kampung. Lepas ni nak balik kampung pun tak tahu la bila. 

Catat Komen

1 Ulasan

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)