Dah Nak Masuk 3 Series


Tak terasa pun umur dah nak masuk 3 series ni sampai la jumpak gambar ni kat Twitter. Hahaha... Dok rasa macam baru je. 

Tambah pulak, umur aku yang ke 29 pun tak masuk lagi secara rasmi, lepas few days, aku akan masuk umur 30 secara tak rasmi. Adoiii...

Pencapaian? Entah la, macam takda apa sangat. Cuma aku bersyukur dengan apa yang dah diberikan pada aku. Kadang-kadang tu ada jugak la rasa iri hati dengan kawan-kawan sebaya yang ada macam-macam, tapi bila tengok kawan-kawan yang lain yang kurang bernasib baik, Alhamdulillah, aku dah bersyukur.

Yang penting, jalani hidup dengan gembira dan insya Allah, apa yang ada pun dah mencukupi. Tu yang paling utama. 

Catat Komen

0 Ulasan