Youtuber Yang Aku Layan.



Kalau bukak Youtube, selalunya selain dari lagu-lagu, aku akan tengok tiga benda je. Youtubers Indonesia yang stay dekat luar negara, dorang kutip buah-buah, review flight dan MV reaction artis Malaysia.

Aku tak tahu kenapa aku boleh layan video dorang, siap boleh subscribe lagi. Seronok tengok dorang review and kutip buah-buah kat luar negara tu. Siap aku berangan nak pindah ke sana. Cewahhh.. Berangan tak salah.

Macam video dorang kutip buah-buah epal, pir, peach semua tu.. Ada yang kutip dari tepi jalan, ada yang dari kebun, wooo.. Jeles weh... Kebanyakan dorang ni, perempuan Indonesia yang kahwin dengan orang putih dan menetap kat sana. Ramai rupanya. Macam sekarang aku dok tengok Dian Bara dan Keluarga Bahagia di Jerman. Aku rasa orang Malaysia pun ada, cuma mungkin dorang tak buat video macam tu. Ke aku yang tak jumpa? Hahahha...

Macam reaction MV tu, selalunya aku tengok yang guru vocal atau yang aku rasa okay macam Yazik, isDro ke sapa lagi entah. Ada la dua tiga orang.

Kalau yang flight pulak, of course aku dok tengok Sam Chui. Serious aku jeles gila tengok dia dapat naik flight yang hebat-hebat.


Kalau korang, layan video macam mana? Sambil-sambil tu apa kata subscribe sekali channel aku.. Hehehehe... 

Catat Komen

1 Ulasan

  1. Saya kadang2 layan channel FaizalRozi, yang suka explore malam2 sorang2 tu hehe

    BalasPadam

Tinggalkan komen anda di sini...

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)